CEBISAN ATYKU...

ERMMMM........HATI INI DAPAT MENIPU SEMUA ORANG...TAPI TIDAK UNTUKKU......

Friday, July 26, 2013

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

admin juz nak berkongsi ilmu sedikit..yang x seberapa ni...
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI 1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas. 2) Badan terasa berat dan malas. 3) Sukar mendapat jodoh. 4) Badan terasa bisa-bisa. 5) Sakit ketika ziarah orang meninggal. 6) Sukar tidur malam. 7) Sakit pinggang tanpa sebab. 8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas. 9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. 10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. 11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. 12) Bermimpi di tempat yang kotor. 13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. 14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 15) Bayi kerap menangis. 16) Bunyi guli jatuh diatas syiling. 17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 19) Malas beribadat. 20) Nyanyuk ketika usia lanjut. 21) Panas baran. 22) Sikap berubah secara mendadak. 23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran. 24) Suka melakukan tabiat buruk. 25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran. 26) Kerap keguguran. 27) Gagal melakukan hubungan kelamin. 28) Mengantuk bila dengar al-quran. 29) Bermimpi seram yang menakutkan. 30) Darah haid turun lebih 15 hari. 31) Batuk yang berpanjangan. 32) Selalu ditindih ketika tidur. 33) Kuat berangan. 34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 35) Nafsu seksual yang melampau. 36) Selalu melihat kelibat dirumah. 37) Terasa diri selalu diperhatikan. 38) Mandul. 39) Kerap mendengar sesuatu bisikan. 40) Melihat jin secara terus. 41) Sakit mental atau gila. LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu) Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Monday, May 13, 2013


Love Comments

Love Comments

Love Comments

Love Comments
Orang kata 'I Love U'. Kita jawab 'Ahabbaka llazi ahbabtaniy lah' Maksudnya Semoga Allah mencintaimu & Dialah yg membuat engkau mencintaiku. wink! ;)



MULA BELI BARANGAN SYARIKAT YANG TAK MEMBANTU DAP

MULA BELI BARANGAN SYARIKAT YANG TAK MEMBANTU DAP

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D'herbs
33. Mydin
34. MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung

BOIKOT BARANGAN GENG DAP

1.Tepung Gandum Cap Sauh
2. Sri Murni Minyak Masak
3. Sri Murni Nugget
4. Marina Nugget
5. Marina Tuna
6. Aminah Hassan Sos Cili
7. Aminah Hassan Sos Tomato
8. Aminah Hassan Bihun
9. Roti Massimo
10. PowerRoot Ali Cafe
11. PowerRoot Oligo Cereal
12. PowerRoot 9SPOT ISOTONIK
13. Malta
14. NutriMalt
15. Teh Cap Masjid
16. Teh Guru Cap Masjid
17. Pau Ahmad
18. Old Town White Coffee
19. Pasaraya EconSave
20. Pasaraya KK mart
21. Pasaraya 99 SpeedMart
22. Minyak Knife
23. Minyak Buruh
24. Minyak Naturel
25. Minyak Daisy
26. Drinho ALL DRINKS
27. Isomax Isotonic
28. HomeSoy
29. Farm Crows Butter

Saturday, May 11, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Saturday, May 4, 2013

"4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU"



"4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU"

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

 Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI 

1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih

2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

Saturday, March 23, 2013

~Hidup Kita Sentiasa Tak Sempurna Kalau Tak Bersyukur~


Bukan semua perkara yang kita buat memuaskan hati semua orang dan boleh buat semua orang suka. Ada 2 kemungkinan daripada keadaan ini. Satu..kekurangan diri kita dua..kekurangan diri mereka. Yang pasti sentiasa belajar, bermuhasabah dan fikir untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Memang semua orang ada pandangan yang berbeza. Perangai lain-lain.  Dalam 10 orang yang kita kenal mungkin separuh darinya tidak suka dengan  kita .  Itu tidak mengapa.  Apa yang penting kita sedar siapa diri kita. Dan yang paling penting sentiasa berusaha mencari keredhaan Tuhan .

‘Tidak suka’  itulah yang membuat kita selalu muhasabah diri. ‘Suka’ itu pula harus dilihat dengan 'hati-hati' .

Kalau semua yang kita buat disukai orang, maknanya tidak ada cabaran, justeru itu, kuranglah pengalaman dalam kehidupan,  seterusnya kematangan pun datang agak lambat. Tidak perlu  risau jika ada orang tidak sukakan kita, asalkan kita tak buat sesuatu yang memang tidak disukai orang...

Manusia memang tidak pernah sempurna.

Saturday, March 16, 2013

aaaaaaaahhhhhhhh!!!!!!tensionnnn!!!!!keliru2...!!!!!!!!



emmmm...tension.....keliru....pening...serabut...aaahhhhh!!!!!....aq mkin pusing pkir..aduhhh...relax2...ingat aq xleh tension2 sgt t kang aq magrain lak kang..kan dah satu hal lak kang...relax k...aq xtw ar...aq nie stu2 prkare jd kat aq...stu2..aq tw niw smua ujian dr Allah..aq spatut ny xleh mengeluh o mengalah..aq ptut nya bgun ..aq xleh bnda2 remeh nie wat aq jd cam ni..xleh..xblh...aq rse aq skunk kt tgh2..xtw...anta o anti??2  la pd ku cinta nie mmbeban kan,mnyeksakan,mrunsingkn,mmeningkan...n yg sme waktu ngan ny..npe aq ckp cam 2...sbb 2 la aq jd camni..CINTA????bkn aq x cye ngan cinta.mybe bkn waktuny tok aq pkir smua 2...entah la..yg pnting aq prcye Allah ciptakan manusia dgn brpasang-pasangan..so aq mmg kne yakin..cume bila n siape..itu jd soal ny..mmg law dipkirkan..mmg xkan dpt jwpn...cm men teka teki lak..huhu..aq lbih slese cm nie...single n comfortable..huhu..relax..emmm..agpn sbb cinta ar..aq jd camni aq sperti tersepit ditmpt yg sempit..sesak raseny...aduh...

motivasi diri

ramai akan tersenyum melihat anda gagal, putus asa , tidak berduit dll

MENDIDIK ANAK-ANAK BUKAN SEKADAR MENGAJAR TETAPI MENGAJAK!

MENDIDIK ANAK-ANAK BUKAN SEKADAR MENGAJAR TETAPI MENGAJAK!

Anak2 mungkin gagal mengikut cakap kita, tetapi mereka tidak mungkin gagal mengikut sikap kita. Justeru cara terbaik mendidik anak2 ialah melalui sikap bukan cakap. Ini krna manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga, krna sikap dapat d lihat, tetapi cakap cuma dapat d dengar.

Mendidik anak2 boleh d lihat sebagai amanah yg sang
at mudah. Kita hanya menjadikan diri agar jadi baik. Kemudian kebaikan itu d lihat oleh anak2 lalu d teladani oleh mereka. Namun mendidik juga boleh d lihat sebagai AMANAH yg sangat berat. Ini krna bukan mudah utk memperbaiki diri kita sendiri. Ia memerlukan proses mujahadah ( melawan hawa nafsu ) yg panjang dan berterusan.

Ibubapa mana yg tidak inginkan anak2 yg baik, soleh dan solehah. Malangnya harapan itu tidak kesampaian krna kita gagal mempamerkan teladan yg baik utk anak2. Anak2 sering mendapat petunjuk yg bertentangan antara apa yg kita cakap dan apa yg kita buat. Kebanyakkan kita masih mengajar, bukan mengajak anak2 utk melakukan satu kebaikan.

Apa bezanya antara " MENGAJAR " dengan ' MENGAJAK’??

Mengajar hanya melalui kata2, kita suruh mereka utk menunaikan solat contohnya, tetapi kita sendiri masih leka dgn kegiatan lain. Kita arahkan mereka belajar, tetapi kita asyik menonton TV!.

Cara terbaik ialah kita MENGAJAK mereka. Jika menyuruh mereka solat, kita sama2 solat. Apabila kita mengarahkan mereka utk membaca buku, kita juga sama2 duduk dan membaca sesuatu. Mungkin ada ibubapa yg menyoal , buku apa yg hendak d baca? Bukankah musim persekolahan atau pengajian kita sudah berlalu? Alangkah salahnya jika berpandangan begitu. Umat Islam adalah umat yg sentiasa belajar.

Apabila kita berhenti belajar ertinya kita berhenti memimpin. Ini krna tugas belajar ialah tugas sepanjang hayat. Iaitu dari buayan hingga ke liang lahad. Ibubapa seharusnya menambah ilmu ( samada ilmu agama atau ilmu kemahiran ) utk menangani cabaran proses mendidik anak2 yg semakin rencam dan pelbagai.

Semua ibubapa sayangkan anak2. Malangnya dgn tidak mempamerkan sikap atau teladan yg baik, hakikatnya mereka menghancurkan masa depan anak2 mereka sendiri. Bukan sahaja masa depan d dunia, tetapi juga masa depan d akhirat. Dengan tidak menunjukkan teladan yg baik dlm soal beriman kpd Allah SWT dan hari akhirat, mendirikan solat, mengamalkan akhlak yg baik dlm pergaulan dll, anak2 hakikatnya terbiar liar.

Ironinya, jika ada segelintir yg sanggup mendera anak2 mereka dgn api drp puntung rokok d dunia, namun lebih ramai lagi ibubapa yg bakal mendera anak2 mereka dgn api nereka. Ibubapa jenis ini ialah ibubapa yg tidak menunjukkan teladan yg baik dlm mendidik anak2. Inilah IBUPAPA YG DERHAKA terhadap anak2 mereka sendiri.

Justeru, pada ketika masyarakat banyak berbincang tentang ANAK DERHAKA, marilah kita sama-sama MUHASABAH DIRI agar menjadi ibu bapa yang cemerlang di dunia & di akhirat. Saya bukan sahaja berpesan kepada diri saya sendiri, bahkan berpesan untuk semua kaum ibu-ibu di dunia. Semoga amalan kita diberkati.

Thursday, February 21, 2013

alhamdulilah , tq Allah

19 FEBRUARY 2012 - institut kraf negara, julung2 kali nya meraihkan dan mebuat satu majlis ANUGERAH PENGARAH , syukur Alhamdullilah , seramai 63 org pelajar yg terpilih utk mnerima anugerah pengarah, n tidak tertinggal juga aq :) , aq bersyukur dgn nikmat tuhan yg telah diberikan kpd ku, ssungguhnya nikmat Allah itu hanya sementara, oleh itu kita kne sntiasa bersyukur kpd Allah atas nikmat yg diberi, mungkin ini adalah hasil usaha keras ku selama ini, mungkin juga balasan untuk ku, akibat sering dianiaya, yeee, aku yakin yaAllah, walaupon aq sntiasa di dengki, di cemburui, dan di aniaya, aq yakin Kau ada, dan Kau mengetahui semua nya :) , thanks a lot Allah ;-)