"4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU"
RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah
menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin
Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri
yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin
Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia
duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan
tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan
tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin
sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin
itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia
berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan
meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah
empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim
perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini
untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah
lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah
cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)
."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya
haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander
(ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya
kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka
menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI
PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL
A.S."

No comments:
Post a Comment